Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar dalam kalangan pelajar sekolah: satu kajian kes

Khalim Zainal, and Wan Zulkifli Wan Hassan, (2009) Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar dalam kalangan pelajar sekolah: satu kajian kes. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (2). pp. 1-14. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
113kB

Abstract

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta memerlukan suasana yang kondusif supaya keberkesanan kedua-dua proses tersebut berjaya dimanfaatkan oleh pelajar. Namun, terdapat pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulang kali tanpa rasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Kumpulan pelajar ini dikategorikan sebagai pelajar bermasalah disiplin tegar. Tingkah laku mereka tentunya akan memberi kesan kepada pelajar lain di dalam bilik darjah, sedangkan sekolah merupakan tempat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Menyedari kewujudan pelajar bermasalah disiplin tegar ini, satu penyelidikan telah dilakukan di sebuah sekolah menengah di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Sekolah tersebut telah memilih 10 pelajar bermasalah disiplin tegar yang terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan 4. Semua pelajar ini adalah beragama Islam. Satu program pemulihan yang menggunakan pendekatan Islam telah digunakan bagi tujuan pemulihan tingkah laku pelajar tersebut. Pendekatan Islam didapati telah berjaya memulihkan pelajar bermasalah disiplin tegar tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Disciplinary problems; hard-core student; Islamic Approach
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:766
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:12 Apr 2011 04:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page