Penentuan taburan terbaik daripada hujan maksimum bagi tempoh ribut yang panjang melebihi 48 Jam (MR) dan hujan maksimum tahunan (MT)

Yendra, R. and Jemain, A.A. and Wan Zin, W.Z. (2014) Penentuan taburan terbaik daripada hujan maksimum bagi tempoh ribut yang panjang melebihi 48 Jam (MR) dan hujan maksimum tahunan (MT). Sains Malaysiana, 43 (9). pp. 1451-1460. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada penentuan taburan terbaik untuk memodelkan siri data maksimum tahunan (MT) dan siri maksimum hujan dalam tempoh ribut yang melebihi 48 jam (MR). Data hujan setiap jam dari tahun 1970 hingga 2008 dari 4 stesen hujan di Semenanjung Malaysia telah digunakan dalam kajian ini. Kedua jenis data maksimum ini mempunyai kegunaan yang sangat baik bagi mengesan banjir di kawasan bandar terutama yang disebabkan oleh kegagalan sistem perparitan dalam menampung hujan lebat semasa tempoh ribut yang panjang, manakala kajian yang boleh meramalkan ketahanan empangan dalam masa 50 atau 100 tahun kehadapan sangat bergantung kepada penentuan taburan hujan maksimum tahunan. Pelbagai taburan yang sering digunakan bagi kajian pemodelan ekstrim digunakan untuk mendapatkan taburan yang terbaik bagi menerangkan taburan kedua jenis data hujan maksimum tersebut. Dua ujian kebagusan model telah digunakan iaitu kaedah bergraf dan kaedah PRKD. Hasil menunjukkan bahawa taburan Pearson Jenis 3 adalah yang terbaik untuk menerangkan taburan hujan maksimum tahunan pada kesemua stesen hujan yang digunakan pada kajian ini. Taburan Pareto dan Gama adalah taburan yang terbaik bagi menerangkan taburan hujan maksimum yang berlaku pada tempoh ribut yang panjang. Hasil kajian penentuan taburan terbaik bagi hujan maksimum tahunan di atas juga telah berjaya dalam meramalkan hujan maksimum yang akan berlaku untuk masa 50 dan 100 tahun yang akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Gama; hujan ribut; maksimum tahunan; Pareto; Pearson jenis 3; RMSE
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7687
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2014 09:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page