Badlihisham Mohd Nasir, (2010) Pendidikan dalam gerakan Islam di Malaysia: satu tinjauan. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (1). pp. 1-12. ISSN 1985-6236
|
PDF
202kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jiae/Archives.aspx
Abstract
Pendidikan adalah suatu aspek yang sangat penting dalam gerakan penyebaran Islam di Alam Melayu. Operasi pendidikan dalam bentuk tradisional seperti ceramah dan kuliah pengajian di surau, masjid dan pondok yang digerakkan oleh ulamak telah mengukuhkan kefahaman Islam yang baru bertapak di kalangan orang-orang Melayu. Namun demikian, kemerdekaan tanahair yang turut membawa arus pemodenan pendidikan meminggirkan peranan mereka dalam pendidikan. Bahkan, sumbangan mereka tidak begitu dihargai lantaran persepsi negatif masyarakat yang menganggap pendidikan hanyalah sebagai alat politik mereka yang menentang kerajaan dan anti-pembangunan. Imej ini diburukkan lagi dengan pelbagai masalah dalam penyediaan infrastruktur dan pengurusan institusi. Walaubagaimanapun, institusi pendidikan gerakan Islam samada yang berbentuk sufi, sosial-kebajikan dan politik semakin berkembang dan mendapat sambutan ramai. Gerakan Islam membuktikan bahawa mereka sebenarnya berperanan membangunkan sistem dan institusi pendidikannya sendiri di samping sebahagiannya terlibat secara langsung dalam arus pendidikan nasional
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Islam; dakwah; pendidikan dan gerakan Islam |
Journal: | JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education |
ID Code: | 771 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 12 Apr 2011 04:36 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:28 |
Repository Staff Only: item control page