Kajian pembangunan insan dari aspek jati diri terhadap pesakit di Pusat Terapi Pyra Cosmic, Subang Jaya, Selangor

Ariffin Mohamed, and Fakhrul Adabi Abdul Kadir, (2014) Kajian pembangunan insan dari aspek jati diri terhadap pesakit di Pusat Terapi Pyra Cosmic, Subang Jaya, Selangor. Al-Hikmah, 6 . pp. 35-50. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Dewasa ini, adakalanya pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti Diabetes dan lain-lain, kadang-kala berjaya diubati apabila pesakit mencuba Kaedah Rawatan Alternatif. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dari aspek jati diri terhadap pesakit dan kaitannya dengan elemen fizikal, minda, rohani dan emosi serta menganalisis faktor-faktor yang memberi kesan positif kepada penyembuhan penyakitnya. Kajian ini menggunakan metodologi “Analytical Hierarchy Process (AHP)” daripada Thomas (2008) sebagai satu kaedah membuat keputusan. Kajian ini diolah dari data temu bual bagi 10 responden pesakit. Kajian ini dilakukan di Pusat Terapi Pyra Cosmic, Subang Jaya. Hasil kajian ini mendapati bahawa ketika seorang itu sakit, elemen fizikal memperolehi 29.95 peratus dan tertinggi berbanding dengan elemen-elemen yang lain manakala bagi aspek Jati Diri pesakit pula, elemen Rohani memperolehi 28.78 peratus yang merupakan elemen yang penting dalam proses penyembuhan.

Item Type:Article
Keywords:Rawatan Alternatif; Aspek Jati Diri; Keseimbangan Elemen Diri Pesakit
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:7716
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2014 09:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page