Nilai spiritual dalam Puisi Imam Shāfiᶜī

Khazri Osman, and Siti Rugayah Tibek, (2014) Nilai spiritual dalam Puisi Imam Shāfiᶜī. Al-Hikmah, 6 . pp. 51-65. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
405kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep nilai menurut Islam dan mengenal pasti nilai-nilai akhlak khususnya aspek spiritual yang terdapat dalam puisi Imam Shāfiᶜī, salah seorang ulama dan pendakwah yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data dilakukan terhadap puisi-puisi dalam antologi puisi Imam Shāfiᶜī yang berkaitan akhlak seterusnya menganalisis data-data tersebut. Bait-bait puisi diterjemah menggunakan kaedah parafrasa. Hasil kajian ini mendapati antara nilai-nilai spiritual yang terdapat dalam antologi puisi beliau ialah keredaan terhadap ketentuan Allah SWT, tawakal, khawf, sangkaan baik terhadap Allah SWT, kecintaan terhadap akhirat, dan mempersiapkan diri untuk hari akhirat.

Item Type:Article
Keywords:Nilai; akhlak; puisi Imam Shāfiᶜī ; spiritual
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:7717
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2014 09:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page