Tahap kefahaman, penerimaan dan integrasi golongan mualaf cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor

Syarul Azman, and Razaleigh Muhamat@Kawangit, (2014) Tahap kefahaman, penerimaan dan integrasi golongan mualaf cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Al-Hikmah, 6 . pp. 66-77. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Masyarakat di Malaysia masih terperangkap dengan sifat ‘assabiyah’ antara kaum akibat daripada polisi dan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British. Justeru, kajian tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, penerimaan dan integrasi golongan Mualaf Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Soal selidik diedarkan kepada 408 MC di Negeri Selangor. Dapatan kajian telah mendapati nilai min bagi tahap kefahaman golongan Mualaf Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu (min = 2.85) berada pada tahap yang sederhana. Di samping itu, nilai min bagi tahap penerimaan golongan MC terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor (min = 2.75) berada pada tahap sederhana. Manakala, min tahap integrasi golongan Mualaf Cina terhadap budaya masyarakat Melayu (min = 2.80) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua tahap menunjukkan golongan Mualaf Cina memberi respons yang positif terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor.

Item Type:Article
Keywords:Tahap kefahaman; tahap penerimaan; tahap integrasi; mualaf cina; kebudayaan masyarakat Melayu
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:7718
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2014 09:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page