Faktor pentadbir dan pengetua dalam kecemerlangan guru cemerlang Pendidikan Islam dan guru di sekolah menengah: satu kajian kes

Kamarul Azmi Jasmi, and Ab. Halim Tamuri, and Mohd Izham Mohd Hamzah, (2010) Faktor pentadbir dan pengetua dalam kecemerlangan guru cemerlang Pendidikan Islam dan guru di sekolah menengah: satu kajian kes. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (1). pp. 13-20. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
193kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/pdf/11_1.pdf

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan faktor pentadbir dan pengetua dalam kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) serta guru sekolah yang lain melalui satu kajian kes. Kajian dilaksanakan di lapan buah sekolah menengah di Malaysia yang melibat temu bual bersama GCPI, rakan guru, pelajar, dan pengetua atau Penolong Kanan sekolah. Hasil temu bual ini kemudian disusun tadbir dengan program N’Vivo versi 7.0 untuk menghasilkan tema dan jadual matriks berkaitan dengan faktor pentadbir dan Pengetua dalam membantu kecemerlangan GCPI dan guru-guru di sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa kreateria penting pentadbir yang dianggap membantu kepada kecemerlangan GCPI dan guru-guru di sekolah iaitu, pentadbir yang berwawasan, berkebolehan memahami guru lain, berkebolehan merancang aktiviti, adil dalam dalam memberi peluang, adil dalam memberi penghargaan, mempertahankan pelaksanaan program yang dirancang, berani membuat keputusan, terbuka, dan tegas dalam membuat keputusan. Dalam aspek pentadbiran sekolah, kelapan-lapan kriteria ini membentuk satu model faktor luaran kecemerlangan GCPI dan guru-guru di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:pentadbir; Pengetua; ciri keperibadian; kecemerlangan GCPI
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:772
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Apr 2011 06:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page