Ishkāliyyah al-Taṭarruf al-Siyāsī wa al-Dīnī wa cAlāqatuh bi al-Irhāb

Ali Omar Medon, (2014) Ishkāliyyah al-Taṭarruf al-Siyāsī wa al-Dīnī wa cAlāqatuh bi al-Irhāb. Al-Hikmah, 6 . pp. 122-135. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
553kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Kajian ini membincangkan secara ringkas tentang konflik yang berlaku di antara negara timur dan barat. Kajian ini telah mendapati bahawa konflik di antara timur dan barat bukanlah satu perkara yang baru, bahkan telah pun lama terjadi dan konflik tersebut adalah seumpama letusan gunung berapi yang sesekali mengganas serta akan tenang untuk seketika. Perang Salibiyyah yang berlaku pada kurun ke sebelas masihi merupakan salah satu contohnya. Kajian ini juga menerangkan tentang konsep ekstrimisme dari segi bahasa dan istilah dan telah didapati bahawa keganasan merupakan satu fenomena jenayah manakala ekstrimisme adalah satu fenomena penyakit yang mempunyai beberapa tahap. Di peringkat intelektual fenomena ini menghilangkan keupayaan akal untuk berfikir secara sepatutnya. Adapun pada peringkat emosi dan jiwa, seorang yang ekstrimis membawa perbuatan ganas dan menanam rasa benci kepada sesiapa sahaja yang berselisih pendapat dengannya. Kepentingan kajian ini adalah untuk merungkaikan topik ekstrimisme agama berideologi dan keganasan, dalam bentuk perbincangan akademik dan ilmiyah. Melalui kajian ini juga, penulis cuba untuk membuka ruang untuk kajian ilmiyah susulan, juga sebagai medan perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan dengannya yang boleh menyelesaikan konflik dalam masyarakat Timur dan Barat. Kajian ini bertujan untuk menjelaskan konsep ekstrimisme agama dan politik serta menjelaskan hubungkaitnya dengan keganasan. Bagi merealisasikan tujuan ini, penulis menggunakan kaedah kajian diskriptif analisis iaitu kaedah kajian yang berdasarkan kepada kajian isu yang berlaku secara realiti sebelum membuat analisis mendalam tentangnya. Di antara dapatan kajian ialah bahawa ekstrimisme sebenarnya memang terdapat di dalam setiap masyarakat, parti mahupun kumpulan. Budaya taasub kepada pandangan tertentu, dan menafikan serta tidak menghiraukan pandangan orang lain telah ada semenjak manusia itu diciptakan. Sikap ini akan terus ada selagi manusia masih hidup kerana ia berkaitan dengan sikap manusia, kecenderungan dan peribadi mereka sendiri. Secara umumnya ekstrimisme juga boleh membawa kepada keganasan. Oleh yang demikian ekstrimisme merupakan permulaan kepada keganasan. Masyarakat yang ekstrim merupakan punca kepada gerakan keganasan.

Item Type:Article
Keywords:ekstremisme; keganasan; agama.
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:7727
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Oct 2014 04:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page