Aziz Ujang, and Jamaluddin Md. Jahi, and Kadir Arifin, and Kadaruddin Aiyub, (2014) Kesedaran generasi muda terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (2). pp. 31-39. ISSN 2289-1706
|
PDF
269kB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/
Abstract
Tahap kesedaran generasi muda masa kini terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia dikatakan semakin kurang dan terhakis. Dalam kajian dibuat, 500 sampel telah diambil dari 8 negeri mengikut zon iaitu Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Zon Sabah dan Sarawak. Sampel kajian adalah 44% lelaki dan 56% perempuan yang kesemuanya adalah pelajar dari IPTA dan IPTS yang memberi impak yang besar kepada keluarga dan rakan sebaya. Faktor utama yang memberi kesan ialah keselamatan, ekonomi, tahap umur dan tahap pendidikan serta persekitaran dalam memberi penilaian tahap patriotisme. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada tahap perpaduan dan patriotism iaitu keselamatan, ekonomi, umur dan pendidikan. Patriotisme dan perpaduan adalah dua perkara yang amat penting yang saling kait-mengait di antara satu dengan yang lain yang membina sebuah negara yang maju, harmoni dan aman. Kajian ini telah berjaya membangunkan satu Model 3P (Patriotisme, Perpaduan, Pembangunan) untuk menilai kesedaran generasi muda terhadap patriotisme dan perpaduan nasional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Patriotisme; perpaduan nasional; generasi muda; pembangunan |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 7753 |
Deposited By: | Mrs Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 30 Oct 2014 13:02 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page