Bingkisan hadiah pencetus keberlangsungan hubungan diplomatik pada zaman Kesultanan Melayu.

Salmah Jan Noor Muhammad, (2014) Bingkisan hadiah pencetus keberlangsungan hubungan diplomatik pada zaman Kesultanan Melayu. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (2). pp. 91-103. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
147kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Bingkisan hadiah merupakan mekanisme yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mencetuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar. Pada zaman Kesultanan Melayu, selain menjalinkan hubungan diplomatik, bingkisan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kedaulatan, menebar kuasa politik, memperluaskan pengaruh adat dan budaya, di samping mengembangkan agama yang menjadi pegangan masyarakat pada masa itu. Keanekaragaman dalam pemberian bingkisan ini terhasil daripada gabungan pemikiran atau idea pemerintah dan pembesar kerajaan untuk mewujudkan, melangsungkan, dan mengukuhkan hubungan diplomatik. Ia merupakan antara amalan yang digunakan oleh sebuah kerajaan Melayu, iaitu sebagai‘penawar’ untuk menarik hati para pemerintah yang mewakili kerajaan Melayu lain ataupun kerajaan Barat, iaitu sebagai kerajaan ‘penerima’ untuk menerima dan mengekalkan hubungan tersebut. Artikel ini membincangkan keanekaragaman bingkisan hadiah yang digunakan oleh sesebuah kerajaan dalam menjayakan hubungan diplomatik, di samping membincangkan motif hadiah tersebut diberikan dengan menumpukan naskhah Melayu sebagai bahan perbincangan utama.

Item Type:Article
Keywords:Bingkisan hadiah diplomatik; Kesultanan Melayu; kerajaan; naskhah Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7758
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:30 Oct 2014 12:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page