Pengaruh adat resam, kepercayaan dan kebudayaan terhadap pembinaan Rumah Melayu tradisional.

Noor Faizah Aziz, and Jamaluddin Md. Jahi, and Kadir Arifin, and Aziz Ujang, (2014) Pengaruh adat resam, kepercayaan dan kebudayaan terhadap pembinaan Rumah Melayu tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (2). pp. 105-111. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
118kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Rumah Melayu amat diutamakan bukan sahaja sebagai tempat tinggal dan kegiatan kehidupan, malah menjadi lambang kesempurnaan hidup orang Melayu. Ciri-ciri rumah tradisional Melayu bukan sahaja pada bahagian-bahagian rumah tapi juga dalam upacara, bahan, nama dan kedudukan rumah itu. Rumah tradisional Melayu merupakan kediaman keluarga, tempat bermusyawarah, tempat beradat berketurunan dan tempat berlindung. Bentuk rumah tradisional Melayu ditentukan oleh bentuk atapnya. Kunci utama untuk mewujudkan rumah dengan ciri-ciri yang diingini adalah musyawarah dan bergotong-royong yang diterjemahkan dalam upacara-upacara, ukuran, bahagianbahagian dan hiasan rumah. Pelbagai upacara yang umum dilakukan sepanjang pembinaan, antaranya Beramu, Mematikan Tanah, dan Menaiki rumah. Tujuannya adalah untuk menjaga orang-orang yang terlibat dalam pembinaan rumah itu supaya memenuhi harapan, terhindar dari malapetaka dan tidak diganggu “penunggu hutan”. Peralatan yang digunakan dalam upacara ini mengandungi ciri-ciri yang mempunyai maksud dan nilai-nilai dalam kebudayaan Melayu. Tempat untuk mendirikan rumah, arah rumah itu menghadap, jenis kayu yang tidak baik untuk dijadikan bahan rumah juga digariskan menurut tradisi Melayu. Ukuran binaan juga dipercayai dapat menentukan baik buruknya sebuah rumah yang diukur menggunakan anggota tubuh si pemilik seperti tinggi dan hasta, serta ukuran berdasarkan banyaknya ‘kasau’ dan ‘gelegar’. Ukuran tinggi rumah ialah tinggi badan lelaki (suami), manakala pada ukuran besar rumah adalah ukuran tangan perempuan (isteri). Dalam rumah tradisional Melayu terdapat beberapa jenis tiang dengan nama dan fungsinya yang tertentu. Pada rumah tradisional Melayu, tangga depan, susunan anak tangga, cara mengikat tali tangga dikatakan mengandungi makna tertentu. Bendul disebut batas adat, kerana batas tetamu lelaki dibenarkan masuk apabila di rumah tersebut tidak ada lelaki. Demikianlah sekadar sepintas pandang tentang Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah tradisional Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Rumah Melayu tradisional; upacara; adat resam; peralatan; ukuran
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7759
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:30 Oct 2014 12:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page