Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci

Adi Yasran Abdul Aziz, and Raja Masittah Raja Ariffin, and Mohd Sharifudin Yusop, and Nur Farahkhanna Mohd Rusli, (2014) Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci. GEMA: Online Journal of Language Studies, 14 (3). pp. 225-242. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
293kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/index

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses perubahan bunyi frikatif alveolar /s/ kepada bunyi frikatif glotis [h] dalam bahasa Kerinci. Wujudnya penutur bahasa Kerinci di Malaysia disebabkan mobiliti dan perpindahan penuturnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bahasa Kerinci yang dituturkan dikedua-dua buah negara mempunyai sistem sebutan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, sistem fonologi bahasa Kerinci yang digunakan di Malaysia masih belum dibincangkan secara teoritikal. Sampel kajian dipilih dalam kalangan masyarakat Melayu Kerinci di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas. Maklumat dan data diperoleh melalui teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman yang bertujuan merekod pertuturan responden untuk ditranskripsi serta dianalisis untuk menjelaskan perubahan bunyi yang berlaku. Kajian ini menerapkan kerangka fonologi generatif untuk menjelaskan proses pengglotisan /s/ kepada [h]. Proses fonologi yang berlaku bukan sahaja melibatkan perubahan pada segmen /s/ tetapi turut mengubah bunyi-bunyi vokal yang mendahului segmen tersebut, iaitu vokal /a, i, u/. Hasil kajian menunjukkan vokal /a, i, u/ yang mendahului segmen /s/ dalam bahasa Kerinci akan mengalami proses fonologi dan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza antara satu sama lain. Proses fonologi yang terlibat adalah rumus peninggian vokal yang mengubah bunyi /as/ kepada [h] dan rumus perendahan vokal yang mengubah bunyi /is/ kepada [h] dan /us/ kepada [awh]. Namun, setiap perubahan yang berlaku memerlukan huraian atur rumus untuk menjelaskan proses mana yang berlaku terlebih dahulu. Dapatan menunjukkan bahawa rumus pengglotisan geseran yang mengubah segmen /s/ kepada [h] hanya berlaku selepas pelaksanaan rumus-rumus yang menyebabkan perubahan pada vokal-vokal tersebut. Hal ini bagi memenuhi syarat lingkungan yang telah ditetapkan terhadap rumus-rumus yang telah dinyatakan.

Item Type:Article
Keywords:fonologi; generatif; bahasa Kerinci; bahasa Melayu; linguistik
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:7775
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2014 12:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page