Variasi kadar pertukaran matawang dan harga minyak sawit

Mohammad Haji Alias, and Shri Dewi Subramaniam, and Anizah Md. Ali, (2006) Variasi kadar pertukaran matawang dan harga minyak sawit. Jurnal Ekonomi Malaysia, 40 . pp. 3-25. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
714kB

Abstract

Artikel ini meneliti secara empirik kesan variasi dalam kadarpertukaran matawang terhadap pembolehubah endogen utama industri minyak sawit Malaysia, khususnya harga minyak sawit, dan penggunaan dalam negeri. Satu model ekonometrik struktur yang mewakili industri minyak sawit dibentuk. Model struktur yang dibentuk adalah dalam satu famili model komoditi utama seperti dalam Mohammad et al. (2001a,b), Mad Nasir et al. (1997) dan Mohammed (1988). Data tahunan bagi tempoh 1970-1999 digunakan dalam penganggaran. Kaedah penganggaran Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS) tak linear digunakan. Dapatan kajian mendapati penawaran dipengaruhi oleh pembolehubah P E M B , T dan CPOQt-1. Respon penawaran jangka pendek dan jangka panjang adalah tidak anjal. Penggunaan domestik dipengaruhi secara signifikan oleh pembolehubah T, CPOPt, dan GDP95 Manakala permintaan eskport dipengaruhi oleh POWPt, dan OECDYt, pada aras keertian satu peratus. Keanjalan permintaan eksport jangka panjang terhadap harga dunia adalah tidak anjal iaitu 4.1339. Harga dunia minyak sawit (POWP) dipengaruhi oleh PSB, pada aras keertian satu peratus dan OECDYt, pada aras keertian 10 peratus. Analisis counterfactual dilakukan untuk melihat kesan depresiasi matawang kepada beberapa pembolehubah endogen yang lain dalam pasaran minyak kelapa sawit Malaysia. Dengan mengambil contoh, depresiasi sebanyak 10 peratus dalam kadar pertukaran matawang. Kesannya harga minyak sawit telah meningkat sebanyak 10.02 peratus. la memberi kesan negatif ke atas penggunaan dalam negeri. Namun begitu kesan negatif tersebut hanyalah kecil iaitu sebanyak 1.22 peratus kerana permintaan dalam negeri tidak anjal terhadap harga sendiri. Peningkatan harga domestik ini tidak membawa sebarang perubahan kepada penawaran, eksport serta harga dunia. Ini disebabkan tidak wujud timbal balas.

Item Type:Article
Keywords:matawang, minyak sawit
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:7798
Deposited By: stud01
Deposited On:04 Nov 2014 11:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page