Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah: kajian kes guru cemerlang Pendidikan Islam

Ahmad Yunus Kasim, and Ab. Halim Tamuri, (2010) Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah: kajian kes guru cemerlang Pendidikan Islam. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (2). pp. 13-30. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/pdf/17.pdf

Abstract

Pengetahuan isi kandungan akidah merupakan komponen dalam mata pelajaran teras Pendidikan Islam di sekolah menengah. Guru yang mengajar mata pelajaran ini memerlukan pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) dalam bidang tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan menganalisis PPK yang dimiliki oleh guru cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan bagaimana PPK tersebut dilaksanakan semasa proses pengajaran akidah. Modifikasi kerangka teori al-Ghazali dan al-Syaibani dalam perkaedahan pengajaran pendidikan Islam, model pentaakulan dan tindakan pengajaran Shulman dan model perkembangan pengetahuan guru Fennema dan Frank digunakan sebagai panduan untuk mencapai tujuan kajian. Seramai lapan orang guru cemerlang Pendidikan Islam yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dipilih sebagai peserta di dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan memperoleh data kajian melalui protokol temubual, senarai semak pemerhatian pengajaran dan analisa dokumen. Kaedah perbandingan secara berterusan digunakan untuk membina konsep kajian. Kesahan data dilakukan secara triangulasi pelbagai sumber data, semakan rakan dan menggunakan replika kajian pelbagai kes. Kebolehpercayaan data pula diperolehi dengan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Secara keseluruhannya, GCPI didapati memiliki kefahaman yang jelas terhadap objektif pengajaran, menyampaikan pengajaran secara pedagogikal, melakukan tindakan pengajaran secara sistematik dan melaksanakan penilaian dan refleksi untuk memperoleh pengalaman pengajaran yang baru. Kesemua komponen PPK GCPI juga didapati saling lengkap-melengkapi, berintegrasi dan berkembang untuk membentuk pengalaman guru dalam pengajaran. Amalan praktikal dan berhikmah yang dimiliki oleh GCPI adalah merupakan aset terpenting memandu pelaksanaan PPK dalam pengajaran akidah. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk menambahbaik program latihan ikhtisas guru Pendidikan Islam khususnya dalam pengajaran akidah.

Item Type:Article
Keywords:Pengajaran Akidah; Guru Cemerlang Pendidikan Islam; Pengetahuan Pedagogikal Kandungan
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:780
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Apr 2011 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page