Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli

Mohd Fauzi Mohd Harun, and Nor Aini Haji Idris, and Madeline Berma, and Faridah Shahadan, (2006) Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli. Jurnal Ekonomi Malaysia, 40 . pp. 95-101. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
207kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jem.htm

Abstract

Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada pada tahap yang serius. Kadar kemiskinan mereka pada 1999 seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia KeLapan ialah sebanyak 50.9%. Ini bermakna setiap seorang dari dua Orang Asli adalah miskin. Kadar kemiskinan ini adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia pada tahun yang sama iaitu 8.1%. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor -faktor yang menyumbang kepada kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli dan seterusnya membuat analisis terhadap faktor-faktor tersebut. Untuk tujuan itu, satu kajian telah dijalankan di sembilan kawasan penempatan Orang Asli di negeri Perak. Kawasan tersebut merangkumi kawasan pedalaman, pinggir dan bandar. Keputusan kajian mendapati kadar kemiskinan keseluruhan bagi kawasan kajian ialah sebanyak 54.0%. Enam faktor yang menyebabkan kemiskinan telah dikaji iaitu klasifikasi kawasan, umur ketua isi rumah, saiz isi rumah, tahap pendidikan ketua isi rumah, jenis pekerjaan dan faktor gender. Keputusan kajian mendapati keenam-enam faktor yang dikaji adalah faktor-faktor signifikan yang menyumbang kepada tahap kemiskinan yang tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli.

Item Type:Article
Keywords:masyarakat orang asli;kemiskinan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:7802
Deposited By: stud01
Deposited On:04 Nov 2014 12:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page