Peranan dan sumbangan Institusi Masjid dalam pembangunan masyarakat Melayu-Islam di Singapura: satu kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang

Ezad Azraai Jamsari, and Siti Noorasikin Tumiran, and Kaseh Abu Bakar, and Zamri Arifin, (2010) Peranan dan sumbangan Institusi Masjid dalam pembangunan masyarakat Melayu-Islam di Singapura: satu kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (2). pp. 31-44. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
112kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/pdf/18.pdf

Abstract

Institusi masjid di Singapura masa kini semakin menjadi tumpuan masyarakat Melayu-Islam Singapura dalam menjalankan pelbagai aktiviti bukan hanya setakat aktiviti ibadah seperti bersolat, mengaji al-Qur’an dan berceramah. Bahkan institusi ini turut menjadi tempat untuk masyarakat Melayu-Islam menjalankan aktiviti sosial seperti pembangunan ummah, pembelajaran, riadah dan perbincangan. Sehubungan dengan itu, Masjid Assyafaah ialah antara masjid yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti bersifat ukhrawi dan duniawi. Masjid tersebut telah menjadi masjid contoh yang penting dalam membangunkan masyarakat Melayu-Islam di sekitar Sembawang khususnya dan masyarakat Islam Singapura amnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Masjid Assyafaah terhadap pembangunan masyarakat Melayu-Islam Sembawang, Singapura. Selain itu, ia bertujuan untuk meneroka sumbangan yang diberikan oleh Masjid Assyafaah kepada masyarakat Melayu-Islam Sembawang, Singapura. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif, menerusi instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen, temu bual dan observasi. Kajian ini menghujahkan bahawa Masjid Assyafaah berjaya membangunkan sahsiah masyarakat Melayu-Islam Singapura terutamanya di sekitar Sembawang dan kawasan kelilingnya. Selain itu, masyarakat Melayu-Islam tersebut mula sedar, mereka perlu mengimarahkan masjid dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Aktiviti sebegini sahajalah yang dapat mengembang dan mengekalkan survival Islam di Singapura di samping dapat mendekatkan lagi Islam kepada masyarakat Melayu-Islam Singapura.

Item Type:Article
Keywords:Institusi Masjid; Singapura; pendidikan Islam; masyarakat Melayu-Islam.
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:781
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Apr 2011 07:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page