Peningkatan kualiti bebola ayam dengan penambahan ekstrak daun selom (Oenanthe javanica), mengkudu (Morinda citrifolia) dan lemak sawit merah (Carotino®)

Abdul Salam Babji, and Nor Hidayah Ismail, and Komate Rammaya, and Noor Mahyuni Nadzri, (2014) Peningkatan kualiti bebola ayam dengan penambahan ekstrak daun selom (Oenanthe javanica), mengkudu (Morinda citrifolia) dan lemak sawit merah (Carotino®). Sains Malaysiana, 43 (10). pp. 1509-1514. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
527kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian telah dijalankan ke atas kualiti bebola ayam dengan penambahan ekstrak daun selom (Oenanthe javanica) dan mengkudu (Morinda citrifolia) serta lemak sawit merah (Carotino®). Selom dan mengkudu telah ditentukan kandungan polifenol jumlah (TPC), kuasa penurunan ferum dan aktiviti antioksida masing-masing. Kaedah pengekstrakan air menunjukkan hasil yang baik dan stabil berbanding pengekstrakan metanol dan diaplikasikan ke dalam pemprosesan bebola ayam. Terdapat 5 pelakuan bebola ayam iaitu bebola ayam kawalan (C), bebola ayam ditambah ekstrak selom (T1), bebola ayam ditambah ekstrak selom dan lemak Carotino® (T2), bebola ayam ditambah ekstrak mengkudu (T3) dan berbola ayam ditambah lemak Carotino® (T4). Bebola ayam telah disimpan pada suhu 4°C selama 12 hari. Analisis dilakukan selang 4 hari untuk memerhatikan perubahan nilai asid tiobarbiturik (TBA) dan nilai peroksida (PV) pada bebola ayam. Didapati sampel T4 memberikan nilai keseluruhan TBA paling rendah diikuti dengan sampel T2, sampel T1, sampel kawalan (C) dan sampel T3. Manakala sampel T2 memberikan nilai peroksida keseluruhan paling rendah diikuti dengan sampel T4, sampel T1, sampel kawalan (C) dan akhir sekali sampel T3. Keberkesanan antioksidan menurun daripada: T2 > T4 > T1 > C > T3. Didapati ekstrak selom dan lemak Carotino® mampu bertindak sebagai antioksidan dalam merencatkan pengoksidaan lipid di dalam bebola ayam.

Item Type:Article
Keywords:Antioksidan; bebola ayam; daun selom; lemak sawit merah; mengkudu
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:7813
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2014 16:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page