Kesan kepercayaan epistemologi Islam terhadap pembentukan konsep kendiri guru Pendidikan Islam

Nurul Asiah Fasehah Muhamad, and Mohd Isa Hamzah, and Ab. Halim Tamuri, (2014) Kesan kepercayaan epistemologi Islam terhadap pembentukan konsep kendiri guru Pendidikan Islam. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 5 (2). pp. 15-24. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
396kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/

Abstract

Kertas kerja ini bertitik tolak daripada tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang Guru Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak pelajar. Bagi melunaskan tanggungjawab ini, Guru Pendidikan Islam perlu meletakkan diri mereka sebagai model contoh kepada para pelajarnya. Justeru, keyakinan, persepsi serta penilaian positif terhadap diri perlu diterapkan dalam minda GPI. Hal ini demikian kerana konsep diri yang terbina daripada ketiga-tiga perkara ini akan mencetuskan amalan atau tingkah laku seiring dengan apa yang dipercayai. Namun, krisis dualisme dan sekularisme yang mengakibatkan pemecahan kesepaduan ilmu antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah meletakkan Pendidikan Islam sebagai satu subjek yang kurang pentingnya dan sempit skopnya. Hal ini demikian dilihat mungkin memberi kesan kepada pembentukan kendiri positif GPI. Justeru, bagi menyediakan dan mengembalikan konsep diri GPI pada tahapnya, kepercayaan espitemologi Islam perlu kukuh dalam sanubari GPI. Kepercayaan ini akan membentuk satu tasawur keilmuan yang luas mengikut acuan Islam yang sebenar. Tasawur ini kemudiannya akan memangkin kepada pembentukan konsep kendiri positif dalam diri GPI di mana konsep ini penting bagi mencetus amalan-amalan positif. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat bagaimana kepercayaan espitemologi Islam dapat membantu pembentukan kendiri seorang pendidik terutama Guru Pendidikan Islam.

Item Type:Article
Keywords:kepercayaan espitemologi Islam; Konsep Kendiri; Guru Pendidikan Islam
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:7828
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 09:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page