Advokasi dan penerimaan pengundi terhadap Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam PRU-13

Maizatul Haizan Mahbob, and Wan Idros Wan Sulaiman, (2014) Advokasi dan penerimaan pengundi terhadap Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam PRU-13. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 1-14. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
307kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Artikel ini membincangkan inisiatif kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) terhadap birokrasi dan perkhidmatan awam supaya hasilnya benar-benar dirasai oleh rakyat. Tumpuan perbincangan diberikan kepada bagaimana advokasi dilakukan dan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap program GTP tersebut bagi bidang yang diberi tumpuan. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, survei dan perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati advokasi dilakukan dengan kerap melalui media elektronik, khususnya segmen berita dan iklan, juga melalui media cetak atas talian. Melalui advokasi ini rata-rata responden sedar dan faham tentang GTP. Bagaimanapun penerimaan responden terhadap program GTP adalah pada tahap sederhana sahaja. Mereka memberi reaksi yang pelbagai tentang impak GTP: tiada impak bagi program pembanterasan jenayah dan rasuah; impak minimum bagi usaha mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan meningkatkan tahap penyediaan infrastruktur asas luar bandar; dan impak ketara hanya dikesan terhadap usaha meningkatkan pencapaian pelajar dan pengangkutan awam bandar. Kajian ini menunjukkan bahawa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kefahaman rakyat tentang GTP dan dasar awam berkaitan supaya mereka lebih mudah menerima dan terlibat dengan program tersebut.

Item Type:Article
Keywords:advokasi dasar awam, difusi inovasi, inovasi sosial, komunikasi dasar awam, penerimaan inovasi, Program Transformasi Kerajaan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7832
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page