Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: suatu analisis ‘tsunami politik bandar’

Junaidi Awang Besar, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, and Mohd Azlan Abdullah, and Mazlan Ali, and Ahmad Rizal Mohd Yusof, (2014) Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: suatu analisis ‘tsunami politik bandar’. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 28-38. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
260kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2013 merupakan PRU paling sengit dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia dan disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada kesemua 13 PRU yang telah diadakan di negara ini. Walaupun dalam PRU ke-13 ini BN berjaya mengekalkan status quo di peringkat nasional dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi DUN namun mengalami penurunan penguasaan jumlah kerusi di kedua-dua perwakilan tersebut. BN juga seterusnya gagal mendapat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen selain tumpas di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Lebih menarik apabila Pakatan Rakyat (PR), iaitu gabungan parti PKR, DAP dan PAS, berjaya menguasai 12 daripada 14 kerusi Parlimen di kawasan bandar ibu negeri. Fenomena ini digelar ‘tsunami politik bandar’. Justeru itu, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis faktor yang menyebabkan berlakunya ‘tsumani politik bandar’ dalam PRU 2013 di Malaysia. Analisis data keputusan PRU 2004, 2008 dan 2013 menunjukkan bahawa ‘tsunami politik bandar’ berlaku disebabkan oleh faktor akses pengundi bandar kepada sumber maklumat politik daripada media alternatif seperti facebook, twitter, laman web, blog dan juga SMS di samping faktor sokongan padu pengundi etnik Cina bandar dan sokongan golongan profesional dan pengundi muda kepada PR. Kos sara hidup yang tinggi dan manifesto PR yang berjanji mahu menurunkan harga bahan api, menurunkan harga kereta, mewujudkan pentadbiran yang lebih adil dan telus juga menjadi faktor kemenangan PR dalam PRU ke-13 di kawasan bandar.

Item Type:Article
Keywords:calon, etnik, media alternatif, pilihan raya umum, politik bandar, sumber maklumat politik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7837
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page