Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia

Jamaie Hj Hamil, and Faris Afiq Ikhwan Saifullah, and Muhammad Suhaimi, and Abdul Rahman, and Mahfudzah Mustafa, and Russli Kamaruddin, and Muhamad @ Nadzri Mohamed Noor, (2014) Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 39-53. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
360kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi. Dalam konteks Malaysia, pilihan raya telah diadakan sejak 1955 sebelum merdeka dan tahun 1959 selepas merdeka. Tulisan ini menganalisis PRU 1978 hingga 2013 untuk melihat dinamika pencapaian parti-parti politik di Malaysia. Relevan PRU 1978 dipilih kerana PAS telah dikeluarkan dari gabungan BN dan bermula dari itulah persaingan politik antara BN dan parti-parti oposisi menjadi semakin dinamik dan menarik. Ini kerana terdapatnya jatuh bangun pencapaian parti politik sepanjang PRU 1978- 2013. Krisis dalaman parti dan konflik kepimpinan menjadi salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi kebanyakan keputusan PRU. Bagi parti oposisi, krisis dalaman UMNO/BN memberi manfaat dan kelebihan kepada mereka dalam beberapa siri PRU sehingga berjaya menawan beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN bagi kerusi parlimen. Di samping itu, kerjasama antara parti oposisi turut menjadi faktor penting dalam mempengaruhi keputusan PRU serta mewarnai politik pilihan raya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), peratus keluar mengundi, krisis dalaman parti, krisis kepimpinan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7839
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page