‘Realignment’ pengundi Cina dalam PRU ke-13, 2013

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Novel Lyndon, and Mohd Faidz Mohd Zain, (2014) ‘Realignment’ pengundi Cina dalam PRU ke-13, 2013. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 54-64. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
271kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Etnik/kaum merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan trend sosiolisasi politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi rakyat Malaysia yang berbilang kaum maka tertubuhnya beberapa parti politik yang berasaskan etnik iaitu UMNO mewakili kaum Melayu, MCA (Cina) dan MIC (India) serta beberapa parti yang berasaskan etnik di Sabah (UPKO, LDP, PDS) dan Sarawak (PBB, SUPP, PRS dan SPDP). PRU-13 telah menunjukkan perubahan kepada pola pengundian pada kedua-dua pihak sehingga digelar ‘Tsunami Cina’ atau ‘Tsunami Bandar’. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji pola pengundian atau realignment etnik Cina dalam PRU 2013 dalam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS) seterusnya mempengaruhi kedudukan kerusi Parlimen 2/3 terhadap BN dan memberi kesan kepada pembentukan Kerajaan Negeri di negeri yang mempunyai pengundi Cina yang dominan. Berdasarkan data keputusan PRU 2013 dan kajian sekunder terhadap bahan-bahan akademik yang berkenaan didapati kegagalan BN memperoleh undi etnik Cina pada PRU 13 (2013) juga telah menjadi pengajaran bagi BN untuk membetulkan keadaan dari segi kepimpinan, isu-isu, dasar, institusi, janji dan sebagainya. Pakatan Rakyat memperoleh kelebihan hasil sokongan pengundi Cina, maka pola pengundian etnik Cina yang berterusan dilihat boleh menggugat hegemoni BN seterusnya mewujudkan polarisasi kaum yang luas pada PRU akan datang.

Item Type:Article
Keywords:etnik, kepimpinan, polarisasi, politik, tsunami Cina, tsunami bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7841
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page