Manifesto pilihan raya dan prestasi parti politik utama Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13: suatu analisis linguistik

Idris Aman, (2014) Manifesto pilihan raya dan prestasi parti politik utama Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13: suatu analisis linguistik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 65-82. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Manifesto adalah pernyataan bertulis yang diwacanakan kepada publik mengenai kepercayaan, dasar, dan apa yang ingin dilakukan oleh parti politik, khususnya dalam pilihan raya sesebuah negara. Dengan demikian, manifesto dapat dilihat sebagai wadah ‘kesampaian’ parti politik dengan bakal pengundi di dalam pilihan raya. Oleh itu, bagi setiap pilihan raya – umum atau kecil – pembikinan manifesto merupakan sesuatu kelaziman dan diperkirakan penting oleh parti politik yang bertanding. Makalah ini membincangkan manifesto parti Barisan Nasional dan Pakatan Pakyat di dalam PRU 13. Perbincangan menjurus perspektif linguistik, khususnya dalam kerangka pemikiran ‘bahasa sebagai wadah kehidupan sosial’, dengan meneliti bagaimana linguistik dimanfaatkan dan bermanfaat di dalam penghasilan manifesto bagi mencapai hasrat politik. Analisis dilakukan secara deskriptif, interpretatif, dan kritis terhadap aspek linear dan non-linear teks berdasarkan ilmu analisis wacana. Analisis deskriptif menghuraikan sifat tekstual secara mikro, seperti nahu, leksikal, dan modaliti. Analisis interpretatif pula merekonstruksi pembinaan manifesto secara makro, seperti superstruktur, interdiskursiviti, dan aspek non-linear. Analisis kritis merumuskan secara perbandingan serentak sifat mikro dan makro kedua-dua manifesto dengan memperkirakan kaitannya dengan pencapaian parti-parti politik berkenaan di dalam PRU 13 Malaysia 2013.

Item Type:Article
Keywords:analisis linguistik, Barisan Nasional, manifesto, Pakatan Rakyat, Pilihan Raya Umum, wacana
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7843
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page