Dari Barisan ke Pakatan: berubahnya dinamiks Pilihan Raya Umum Kuala Lumpur 1955-2013

Junaidi Awang Besar, and Mazlan Ali, (2014) Dari Barisan ke Pakatan: berubahnya dinamiks Pilihan Raya Umum Kuala Lumpur 1955-2013. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 83-98. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Perkembangan dan proses politik demokrasi di Kuala Lumpur telah bermula seawal tahun 1952 apabila berlangsungnya Pilihan Raya Municipal yang ketiga dan diikuti Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955 berikutan inisiatif kerajaan British memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin tempatan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Dari segi geopolitik, Kuala Lumpur, amat penting bagi mana-mana parti politik terutamanya yang memerintah kerana ia merupakan powerhouse negara di mana tempat letaknya Parlimen Malaysia dan menjadi lokasi cabang utama eksekutif dan kehakiman kerajaan Persekutuan sejak sekian lama. Sehingga pertengahan 1960- an, Kuala Lumpur menjadi kubu kuat parti-parti pembangkang berfahaman sosialis yang mendominasi politik demokrasi tetapi peningkatan faham perkauman menyaksikan kebangkitan parti-parti pembangkang berasaskan bukan Melayu seperti DAP dan Gerakan. Di Kuala Lumpur prestasi pilihanraya parti Perikatan (kini Barisan Nasional/BN) mengalami arus naik turun sepanjang lima dekad sejarah pihanraya umum . Ia memenangi kedua-dua kerusi parlimen pada 1955, satu darpada lima pada 1959, tiga daripada lima pada 1964 , satu daripada sebelas pada 2008 dan dua daripada sebelas pada 2013. Ia kehilangan kesemua lima kerusi pada 1969 , dua daripada lima masingmasing pada 1974, 1978 dan 1982, tiga daripada tujuh masing-masing pada 1986 dan 1990, enam daripada sepuluh masing-masing pada 1995 dan 1999, tujuh daripada sebelas pada 2004, sepuluh daripada sebelas pada 2008 dan 9 daripada 11 pada 2013, lantas mencerminkan betapa radikalnya perubahan dinamiks dalam lima dekad politik pilihanraya umum Kuala Lumpur.

Item Type:Article
Keywords:dinamiks pilihanraya, geopolitik, kerajaan, parlimen, perkauman, Pilihan Raya Umum
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7845
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page