Program kerajaan dan pola pengundian PRU-13 di Selangor

Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, and Mohd Azri Ibrahim, and Sity Daud, and Farid Wajdi Mohd Nor, (2014) Program kerajaan dan pola pengundian PRU-13 di Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4). pp. 99-114. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
942kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Dalam perspektif politik nasional, penguasaan terhadap kepimpinan politik Selangor adalah signifikan. Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia dan jumlah penduduk paling ramai serta mempunyai populasi yang turut mewakili demografi Malaysia telah memperlihatkan kepelbagaian program kerajaan dari kedua-dua peringkat kerajaan seterusnya mempengaruhi pola pengundian di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Justeru, persepsi pengundi di Selangor terhadap program kerajaan pusat oleh Barisan Nasional dan kerajaan negeri oleh Pakatan Rakyat adalah signifikan untuk analisis penerimaan pengundi terhadap program tersebut. Kajian ini membandingkan tanggapan pengundi Selangor terhadap prestasi program kerajaan negeri (PKR) dan kerajaan persekutuan (BN). Berdasarkan hasil kajian di lapangan yang telah dijalankan pada 1 Februari hingga 30 Mac 2013 dengan menggunakan metodologi campuran yang melibatkan pengambilan sampel secara rawak seramai 1,015 pengundi Selangor merangkumi 56 Dewan Undangan Negeri dan 26 kawasan Parlimen. Analisis kajian mendapati bahawa skor bagi program kerajaan negeri yang ditanggapi baik oleh pengundi Selangor adalah hampir tujuh peratus lebih tinggi daripada skor program kerajaan persekutuan. Ekorannya ialah kemenangan bagi Pakatan Rakyat di peringkat negeri dengan majoriti 2/3. Keadaan ini sangat berbeza dengan pilihanraya sebelumnya iaitu pilihanraya 1959- 2004 yang secara jelas memperlihatkan sokongan padu pengundi Selangor kepada program parti Barisan Nasional.

Item Type:Article
Keywords:kerajaan negeri, kerajaan pusat, parti politik, pilihanraya, pola pengundian, tanggapan pengundi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7847
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2014 11:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page