Kesan kegawatan ekonomi ke atas perniagaan kecil: penemuan dalam perniagaan francais

Mohd. Hizam Hanafiah, and Zafir Mohamed Makhbul, (2008) Kesan kegawatan ekonomi ke atas perniagaan kecil: penemuan dalam perniagaan francais. Jurnal Ekonomi Malaysia, 42 . pp. 45-63. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
974kB

Abstract

Satu kajian telah dijalankan terhadap 189 usahawan francais di Malaysia untuk mengetahui isu utama yang dihadapi sepanjang kegawatan ekonomi 1997- 1998. Daripada 14 jenis perniagaan yang dikaji, kertas ini melihat sama ada perniagaan francais turut terjejas dengan kegawatan ekonomi, bantuan francaisor semasa era kegawatan, masalah-masalah utama yang dihadapi dan perbezaan mengikut latar belakang usahawan. Hasil kajian mendapati perniagaan francais turut mengalami kesan kegawatan ekonomi tetapi francaisor masih membantu usahawan francais dalam mengharunginya. Kajian ini mendapati usahawan yang menggunakan sistem francais tempatan lebih menghadapi masalah semasa era kegawatan berbanding usahawan yang menggunakan sistem luar negeri. Selain itu, kajian mendapati faktor tahap pendidikan usahawan dan latar belakang pengurusan sebelum menyertai perniagaan francais memberi kesan ke atas tanggapan dan penilaian usahawan mengenai masalah perniagaan yang sedang dihadapi.

Item Type:Article
Keywords:Perniagaan francais; usahawan; krisis ekonomi
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:7850
Deposited By: stud01
Deposited On:05 Nov 2014 12:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page