Pembangunan kewangan dalam pertumbuhan sektor-sektor ekonomi: bukti empirikal di Malaysia

Zulkefly Abdul Karim, and Mohd. Azlan Shah Zaidi, and Norain Mod Asri, (2008) Pembangunan kewangan dalam pertumbuhan sektor-sektor ekonomi: bukti empirikal di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 41 . pp. 65-89. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
721kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pembangunan sektor kewangan terhadap kegiatan ekonomi yang terdiri daripada tiga sektor ekonomi utama iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga. Kaedah ekonometriksiri masa diaplikasikan dalarn kajian ini yang terdiri daripada ujian kepegunan, ujian kointegrasi Johansen dan ujian sebab menyebab dengan rnenggunakan model vektor autoregresi (VAR). Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah kedalaman kewangan iaitu nisbah M3/KDNK hanya signifikan mempengaruhi perubahan output sektor pertama sahaja, manakala pemboleh ubah kadar bunga pinjaman benar (RLR) hanya signifikan mempengaruhi perubahan output sektor ketiga sahaja. Penemuan kajian ini menyokong hipotesis sektor kewangan mendorong pertumbuhan ekonomi (finance-led growth hypothesis) atau supply-leading hypothesis bagi sektor pertama dan sektor ketiga. Sebaliknya, bagi sektor kedua didapati pembahan output sektor tersebut signifikan mempengaruhi perubahan M3/KDNK ini menunjukkan bagi sektor kedua, wujud fenomena 'demand-following hypothesis'.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan kewangan; sektor-sektor ekonomi; kointegrasi; ujian sebab-menyebab
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:7851
Deposited By: stud01
Deposited On:05 Nov 2014 12:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page