Anomali thermal, indeks bahangan dan pulau haba bandar semasa musim haji di Arab Saudi

Noorazuan Md Hashim, and Shamsuddin Man, and Rohimi Shapiee, and Asmala Hj Ahmad, (2014) Anomali thermal, indeks bahangan dan pulau haba bandar semasa musim haji di Arab Saudi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 56-70. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
698kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Keterdedahan wilayah tandus Arab Saudi kepada anomali thermal berupaya mencetuskan fenomena stress haba (heat stress) dan juga strok haba (heat stroke) kepada manusia. Terdapat peningkatan kes yang berkaitan dengan jumlah kematian yang mendadak akibat kepanasan melampau di Arab Saudi. Secara umumnya, kajian ini cuba meneliti perubahan dalam anomali thermal dan fenomena pulau haba di tiga bandar utama Makkah, Madinah dan Jeddah, khususnya pada musim haji. Kajian ini menggunakan pendekatan saintifik dan analisis kuantitatif dengan mengaplikasikan maklumat sekunder klimatologi dan data penderiaan jauh MODIS. Hasil kajian mendapati menunjukkan hampir 48.3% amalan manasik haji telah dilakukan semasa musim panas, indeks bahangannya telah dikategorikan sebagai Bahaya Ekstrim. Maklumat berkenaan telah menunjukkan potensi keujudan strok haba adalah lebih tinggi berlaku pada musim haji di antara bulan-bulan April hingga September. Hasil penelitian analisis meteorologi tempatan ketiga-tiga bandar juga telah membuktikan bandar Madinah merupakan sebuah bandar yang kurang mengalami keadaan suhu ekstrim di antara 1982-2012, berbanding dengan bandar-bandar yang lain. Hasil kajian juga mendapati bandar Jeddah dan Makkah merupakan dua bandar utama yang termasuk didalam jaluran zon tidak selesa (gelombang haba ekstrim). Walaupun intensiti pulau haba berkenaan tidaklah begitu besar, namun sekiranya maklumat berkenaan tidak diintegrasikan ke dalam pelan pembangunan bandar dan wilayah, berkemungkinan keselesaan manusia terhadap sekitaran akan terjejas akibat peningkatan haba di bandar.

Item Type:Article
Keywords:anomali thermal, haji, indeks bahangan, pulau haba bandar, stress haba, strok haba
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7860
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 06:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page