Pendidikan pembangunan lestari - hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar

Hanifah Mahat, and Shaharuddin Ahmad, and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, and Noraziah Ali, (2014) Pendidikan pembangunan lestari - hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 71-84. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
416kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pendidikan adalah medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development, ESD) kepada masyarakat umum. Sebahagian besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial ke arah kehidupan yang lebih lestari. Di Malaysia, misalnya, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah diperkenalkan bagi tujuan tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kesedaran ESD ibu bapa/ penjaga di bandar dan luar bandar dengan anak dan sebaliknya. Sejumlah 243 pelajar dan 243 ibu bapa/ penjaga yang terlibat dengan Program SLAAS menjadi sumber data primer analisis. Hasil kajian mendapati tingkah laku ESD ibu bapa atau penjaga di bandar adalah lebih baik berbanding dengan luar bandar. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan Program SLAAS dan pengetahuan kandungan ESD pelajar dengan pengetahuan ESD ibu bapa / penjaga. Sebaliknya, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD pelajar dan tingkah laku ESD pelajar tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengetahuan ESD ibu bapa atau penjaga. Dari segi tingkah laku ESD ibu bapa / penjaga, kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara pengetahuan amalan ESD pelajar, sikap ESD pelajar dan tingkah laku ESD pelajar. Dapatan ini menunjukkann bahawa tidak semua pembolehubah kesedaran ESD pelajar mempunyai hubungan langsung dengan pengetahuan ESD dan tingkah laku ESD ibu bapa / penjaga. Implikasinya ialah wujud hubungan antara pengetahuan dan tingkah laku ESD pelajar dengan ibu bapa / penjaga tetapi tidak sepenuhnya. Justeru,usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan ESD dalam kalangan masyarakat perlulah dilaksanakan secara lebih bersistematik dan berterusan. Namun begitu harus diakui bahawa penglibatan pelajar dalam Program SLAAS adalah satu permulaan positif ke arah menyebarluaskan ESD kepada ahli keluarga.

Item Type:Article
Keywords:gayahidup lestari, kesedaran pembangunan lestari, pembangunan lestari, pendidikan alam sekitar, pendidikan pembangunan lestari, program sekolah lestari
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7861
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page