Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia

Zulkifley Hamid, (2014) Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 99-109. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
215kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan menilai pengaruh pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah terhadap tahap penguasaan bahasa Melayu para pelajar Melayu dan Cina. Data kajian diperolehi melalui pentadbiran borang soal selidik kepada para pemaklum kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengumpul data demografi para pemaklum. Bahagian B menguji tahap penguasaan pengetahuan nahu para pelajar, dan bahagian C menguji tahap penguasaan kecekapan berbahasa Melyu. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap penguasaan pengetahuan bahasa Melayu di antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina. Dapatan kajian juga menunjukkan persekitaran sekolah hanya mempengaruhi para pelajar Melayu dengan ertikata prestasi bahasa Melayu mereka menurun apabila di tempatkan di dalam bilik darjah yang ramai pelajar Cina meskipun bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka. Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah boleh memberikan impaks yang signifikan terhadap proses perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:data demografi, etnisiti, kecekapan berbahasa, pendidikan bahasa, pengetahuan nahu, persekitaran sekolah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7863
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page