Pendidikan rentas sempadan dan isu kepuasan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan – Kajian kes pelajar antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia

Zaimah, R. and Abd Hair Awang, and Izzurazlia Ibrahim, (2014) Pendidikan rentas sempadan dan isu kepuasan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan – Kajian kes pelajar antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 96-106. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
234kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Memasarkan pendidikan tinggi kepada pelajar antarabangsa kini merupakan kaedah yang diiktiraf rasmi bagi meluas-lebar dan menaik-taraf ruang pendidikan Malaysia. Kejayaan usaha menyerlahkan pendidikan tinggi Malaysia ke persada dayasaing dunia tentunya amat bergantung kepada prestasi sistem penyampaian perkhidmatan menurut penilaian pelanggan antarabangsa berkenaan. Artikel ini bertujuan membincangkan tahap kepuasan dalam kalangan pelajar pasca siswazah antarabangsa terhadap kualiti sistem penyampaian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara perbandingan mengikut jantina dan program pengajian siswazah. Seramai 369 pelajar pasca siswazah terlibat dalam kajian ini dan borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Perkhidmatan sistem penyampaian telah dikelaskan kepada 15 komponen, iaitu permohonan untuk kemasukan, proses pendaftaran, proses penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran penghantaran, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan perpustakaan, kakitangan sokongan, penginapan pelajar, sistem pengangkutan kampus, kafeteria, perkhidmatan sokongan kampus, keselamatan dan keselamatan, perhubungan pelajar, peperiksaan dan viva-voce, kelayakan dan tamat pengajian. Hasil Ujian-t menunjukkan tahap kepuasan pelajar pasca siswazah antarabangsa terhadap sistem penyampaian perkhidmatan UKM adalah sederhana.

Item Type:Article
Keywords:isu kepuasan, kualiti sistem penyampaian, pelajar pasca siswazah antarabangsa, pendidikan rentas sempadan, penyampaian perkhidmatan, ruang pendidikan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7865
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page