Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan

Wan Afizi Wan Hanafi, and Shaharuddin Ahmad, and Noraziah Ali, (2014) Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 107-122. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
427kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Meningkatkan taraf hidup golongan rentan seperti komuniti orang asli memang merupakan tujahan utama dalam perjuangan panjang Malaysia merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara. Untuk ini pendidikan formal bagi anak orang asli memang dianggap sebagai mekanisma paling tepat. Kertas ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak Orang Asli. Kajian dijalankan di SK Pos Brooke dan SK Pos Pulat yang terletak di Jajahan Gua Musang Kelantan. Data kajian di perolehi melalui kaedah soalselidik, temubual dan permerhatian di lapangan. Respoden kajian melibatkan 26 orang guru dan 50 orang ibu bapa Orang Asli. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan prestasi pendidikan pelajar Orang Asli di kawasan kajian berada di peringkat yang sangat rendah, walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dan pelbagai program pendidikan telah dilaksanakan untuk mereka. Faktor yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi pencapaian pendidikan anak-anak Orang Asli ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak, pelajar kurang motivasi, halangan oleh persekitaran fizikal dan budaya yang tidak menerima kemajuan serta cabaran guru. Bagi meningkatkan prestasi pendidikan generasi muda Orang Asli maka perlulah penyusunan semula program pendidikan untuk Orang Asli oleh semua pihak yang berwajib.

Item Type:Article
Keywords:golongan rentan, halangan alam sekitar, motivasi pelajar, orang asli, pembangunan pendidikan, rintangan budaya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7867
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page