Main Rindam, and Fatan Hamamah Yahaya, (2014) Analisis SWOT(C) prospek pembangunan ekotourism di petempatan Orang Asli Lanoh, Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 123-134. ISSN 2180-2491
|
PDF
268kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Pembangunan golongan mudah terjejas seperti orang asli menjadi agenda utama pasca pilihanraya kerajaan Malaysia sekarang ini. Sehubungan itu, kajian telah dijalankan ke atas Orang Asli Lanoh untuk melihat potensi kemajuan komuniti tersebut dalam program pembangunan pelancongan di Lembah Lenggong, Perak sebagai sebuah tapak warisan dunia. Melalui analisis SWOT(C) kajian ini mengenalpasti aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman atau cabaran yang dihadapi Orang Asli Lanoh berhubung dengan sektor pelancongan. Dari segi ‘kekuatan’ kajian mendapati Orang Asli Lanoh mempunyai kekuatan dalaman untuk berubah sama seperti (i) menerima konsep penempatan kekal di PSK yang bererti mereka memiliki daya tahan untuk tinggal di rumah beratapkan zink berbanding rumbia dan berdindingkan batu bata berbanding buluh dan rotan, dan (ii) ) menerima penggunaan teknologi elektronik seperti TV dan gaget telefon bimbit yang bererti keterbukaan mereka kepada pelbagai maklumat dari luar. Dari segi ‘kelemahan’ kajian mendapati keterpencilan atau keterasingan Orang Asli Lanoh menyebabkan mereka tidak dapat menghimpunkan elemen kebersamaan dengan komuniti orang asli lain untuk misalnya menghasilkan satu kooperasi. Dari segi ‘peluang’ kajian mendapati wujudnya pelbagai dasar, plan strategik, dan program pembangunan modal insan bagi pembangunan sosio-ekonomi Orang Asli seperti Lanoh. Dari segi ‘ancaman dan cabaran’ kajian mendapati komuniti Lanoh mengalami (i) impak kekurangan modal insan akibat migrasi ke luar anggota komuniti untuk bekerja; (ii) kesan Akta 134 yang melarang orang asing berada dalam Rezab Orang Asli yang bererti pelancongan tidak dapat dimajukan di kawasan Orang Asli Lanoh; (iii) isu keciciran dalam pendidikan anak-anak Lanoh; dan (iv) isu persekitaran seperti hakisan tanah dan gangguan aliran Sungai Soh ekoran aktiviti penebangan dan penerokaan haram Rezab hutan simpan di tempat mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ekopelancongan, kaum Lanoh, morfologi, Orang asli, SWOT(C), tapak Warisan Dunia |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 7868 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Nov 2014 07:34 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page