Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak

Junaidi Awang Besar, and Novel Lyndon, and Mohd Azlan Abdullah, (2014) Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 135-147. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
453kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Orang Ulu merupakan komuniti minoriti di Sarawak yang mempunyai adat resam dan budaya yang unik dan menarik. Dari sudut lokasi geografi pilihan raya, majoriti mereka tinggal dan sebagai pengundi di 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Belaga, Ba’kelalan, Telang Usan dan Batu Danau yang berkedudukan di bahagian tengah, timur dan utara pedalaman Sarawak. Faktor keterpencilan dan tidak terdedah dengan arus pemodenan menyebabkan pandangan politik mereka jarang kedengaran dan terpinggir. Namun demikian, golongan muda Orang Ulu yang berpelajaran serta berhijrah dari perkampungan asal mereka telah mula merubah pemikiran seterusnya cuba beradaptasi dengan majoriti masyarakat luar yang berfikiran terbuka. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini untuk menganalisis politik Orang Ulu dari sudut partisipasi dan persepsi mereka ketika pilihan raya DUN Sarawak 2011. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian di lapangan menunjukkan bahawa 83.8 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasikan oleh pengundi. Dari aspek governans pula, 68.8 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan dasar/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam memantapkan pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat. Dari sudut tingkahlaku politik, jika dilihat kepada status pendaftaran sebagai pemilih/pengundi, 78.0 peratus menyatakan mereka sudah mendaftar sebagai pemilih. Seterusnya, 5.0 peratus menyatakan mereka menganggotai parti politik PBB, 13.8 peratus menyertai SPDP, 8.8 peratus merupakan ahli PRS, 3.8 peratus menjadi ahli SNAP dan 5.0 peratus merupakan ahli PKR dan 63.8 peratus menyatakan tidak menyertai mana-mana parti politik. Responden menjangkakan BN akan berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak.

Item Type:Article
Keywords:governans, komuniti Orang Ulu, partisipasi politik, persepsi pengundi, politik pilihanraya, tingkahlaku politik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7869
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page