Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia: ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat (Empowering drug addicts in a Malaysian rehabilitation centre: towards a lasting individual and society wellbeing)

Rokiah Ismail, (2010) Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia: ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat (Empowering drug addicts in a Malaysian rehabilitation centre: towards a lasting individual and society wellbeing). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (1). pp. 31-49. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
167kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Negara Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan dengan masalah penyalahgunaan dadah. Oleh itu pelbagai program rawatan dan pemulihan telah diadakan baik di dalam mahupun luar institusi demi menangani masalah tersebut. Kertas kerja ini mengupas pengalaman menagih dalam kalangan penghuni di institusi pemulihan dadah, pelaksanaan program pemulihan dan pengalaman penghuni selama menjalani pemulihan. Seramai 100 orang penghuni telah ditemubual menggunakan satu set soalselidik, sementara 14 orang telah diwawancara secara mendalam. Kajian mendapati keberhasilan sesebuah program pemulihan lebih banyak bergantung pada dua faktor, iaitu penerimaan program dan kepuasan penghuni berbanding hubungan baik antara penghuni dengan kakitangan am dan profesional semasa menjalani program. Perasaan gembira dan minat penghuni terhadap sesebuah program pemulihan mencirikan penerimaan dan kepuasan mereka secara keseluruhannya. Dalam hal ini yang sangat bermanfaat adalah pengetahuan dan kemahiran khusus yang dipelajari, disamping keupayaan program pemulihan membangkitkan kesedaran untuk penghuni menjalani kehidupan secara positif setelah dibebaskan dari institusi pemulihan. Namun, meskipun secara umum pelbagai program pemulihan mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri, keberkesanannya dalam membendung masalah pengulangan penagihan dadah masih menjadi satu isu. Pada sebahagian besar program pemulihan berguna hanya selama penghuni berada dalam institusi. Namun, pengalaman menjalani program pemulihan di institusi tidak pula menjamin bahawa mereka dapat mengawal sepenuhnya sikap dan tingkah laku mereka berkait dengan masalah penagihan dadah setelah mereka dibebaskan.

Item Type:Article
Keywords:kesejahteraan sosial; pemulihan dadah; penyalahgunaan dadah; program pemerkasaan; rawatan institusi; rawatan bukan institusi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:787
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 03:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page