Isu dan cabaran dalam pembentukan landskap perbankan di Indonesia: Suatu kajian teori dan empirik

Akhmad Muhammadin, and Er, A.C and Suraiya Ishak, (2014) Isu dan cabaran dalam pembentukan landskap perbankan di Indonesia: Suatu kajian teori dan empirik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 148-158. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
254kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan landskap perbankan sesabuah negara. Persekitaran perbankan dan dasar kerajaan tentunya amat menentukan sifat isu dan cabaran yang dihadapi. Artikel ini bertujuan membincangkan pengaruh gelora persekitaran perbankan dan dasar kerajaan terhadap prestasi perbankan di Indonesia. Sumber data kajian ini adalah seluruh perbankan di Indonesia berdasarkan laporan tahunan Bank Indonesia (BI), statistik perbankan Indonesia dan direktori perbankan Indonesia. Kajian ini menunjukkan bahawa perbankan yang berprestasi baik di Indonesia adalah yang mampu menunjukkan tahap penyesuaian dan fleksibiliti tinggi dengan persekitaran dan peraturan kerajaan. Implikasinya ialah strategi yang inovatif merupakan asas bagi meningkatkan prestasi perbankan. Justru, konsep penambahbaikan yang berterusan sangat penting dalam usaha meningkatkan prestasi. Melalui konsep tersebut syarikat dituntut untuk bergiat dengan lebih aktif dalam ekonomi, kecekapan dan keberkesanan. Langkah ini dijangkakan dapat memberi sumbangan kepada pembentukan strategi kepelbagaian, dapat menyampaikan maklumat tentang pengaruh persekitaran turbulen dan pengaruh peraturan kerajaan, dan dapat memberikan sumbangan praktikal bagi para pembuat keputusan.

Item Type:Article
Keywords:Bank Indonesia, sektor perbankan, peraturan kerajaan, persekitaran turbulen perbankan, prestasi perbankan, strategi kepelbagaian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7870
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page