Memahami keinginan pelancong Malaysia melancong ke Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam - Faktor pemilihan agensi pelancongan

Rosniza Aznie Hj. Che Rose, and Na‘asah Nasaruddin, and Rosmiza Mohd Zainol, and Novel Lyndon, (2014) Memahami keinginan pelancong Malaysia melancong ke Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam - Faktor pemilihan agensi pelancongan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5). pp. 159-167. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
583kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pelancongan antarabangsa cenderung membawa kepada kemajuan in situ dan juga pembangunan negara tuan rumah dalam jangka masa panjang. Malaysia kini semakin peka kepada keperluan mewujudkan keselesaan sepanjang perjalanan bagi pelancong antarabangsa melalui agensi pelancongan terpilih. Memandangkan meningkatnya kunjungan masyarakat Malaysia ke Ho Chin Minh, Vietnam bagi pelbagai tujuan pelancongan ekoran wujudnya laluan tambahan penerbangan tambang murah artikel ini membincangkan proses pemilihan agensi pelancongan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berkunjung ke Ho Chin Minh. Data untuk kajian ini dikumpulkan pada 2011 hingga 2013 melalui edaran borang soal selidik di pintu keluar Ho Chin Minh iaitu di Lapangan Antarabangsa Tan Son Nhat yang melibatkan 289 responden yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Hasil analisis merumuskan empat penemuan utama: (1) imej dan gambaran negatif sebelum lawatan kepada keterujaan lawatan semula dalam kalangan pelancong; (2) kepercayaan dan kemudahsampaian maklumat dan hubungan di antara pelancong dengan pihak agensi pelancongan merupakan faktor utama pemilihan di samping penawaran harga; (3) persepsi dan penerimaan pelancong terhadap penawaran sebenar yang diberikan oleh agensi pelancongan adalah pada kadar sederhana hingga hebat; dan (4) bandaraya Ho Chin Minh merupakan destinasi pelancongan selamat bagi tujuan pelancongan ulangan yang boleh dijalankan tanpa penglibatan agensi pelancongan. Kesimpulannya, dapatan ini dapat di manfaatkan oleh pihak berkepentingan terutamanya organisasi berasaskan sektor pelancongan dan hospitaliti dan masyarakat umum yang sedang memilih destinasi sesuai untuk melancong.

Item Type:Article
Keywords:agensi pelancongan, hospitaliti, kemudahsampaian, keselesaan, pelancongan ulangan, keterpasaran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:7871
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 07:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page