Pertumbuhan ekonomi dan keperluan Pendidikan Tinggi di Malaysia

Ishak Yussof, and Zainizam Zakariya, (2009) Pertumbuhan ekonomi dan keperluan Pendidikan Tinggi di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 43 . pp. 85-105. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
709kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/

Abstract

Kajian lepas menunjukkan sistem pendidikan tinggi berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu, dalam kes ekonorni Malaysia pengangguran siswazah menunjukkan trendyang semakin meningkat terutama dari kalangan mereka yang memiliki ijazah pertama, tetapi kurang dari kalangan pemegang diploma. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa pasaran kerja tempatan lebih memerlukan pendidikan tinggi peringkat diploma berbanding ijazah pertama, sedangkan perkembangan sistem pendidikan tinggi negara ini lebih cenderung menghasilkan graduan peringkut ijazah pertama. Bagi mengelak pembaziran sumber adalah penting untuk menentukan program pendidikan yang benar-benar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Artikel ini bertujuan membuat analisis keperluan pendidikan tinggi di Malaysia berdasarkan data pertumbuhan ekonomi dan pendidikan tinggi dari tahun 1975 hingga 2004. Dalam konteks perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia, hasil analisis menggunakan kaedah OLS menztnjukkan bahawa hanya enrolmen peringkat diploma mempunyai hubungan yang signi$kan dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Item Type:Article
Keywords:ekonomi pendidikan; pertumbuhan ekonomi; pengangguran; analisis regresi; pendidikan tinggi
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:7874
Deposited By: stud01
Deposited On:06 Nov 2014 07:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page