Pembangunan program perumahan rakyat (PPR): impak geopolitik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan 2013

Junaidi Awang Besar, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, (2014) Pembangunan program perumahan rakyat (PPR): impak geopolitik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan 2013. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (1). pp. 1-23. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
876kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Taburan geografi penduduk di Malaysia masih lagi mengikut kelompok kumpulan kaum dan wilayah. Keadaan ini dimanifestasikan melalui pembangunan petempatan sama ada di luar bandar, bandar-bandar kecil dan bandar raya. Hal ini memberi kesan terhadap kelas sosial, hak milik antara kaum, dan fahaman politik. Dominasi sesuatu kaum di kawasan tertentu menjadikan kaum itu lebih kuat dari aspek kekuasaan politik dan mempengaruhi kaum calon atau pemimpin yang akan bertanding dalam pilihan raya. Justeru, tujuan artikel ini adalah untuk menganalisis kesan pembangunan perumahan kepada hak milik dan impak geopolitik di Kuala Lumpur. Berdasarkan data sekunder daripada pihak berkuasa perumahan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), didapati pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) telah mewujudkan seterusnya menambahkan kuasa undi/geopolitik di kawasan-kawasan di Kuala Lumpur. Orang Melayu ramai menghuni rumah-rumah kos rendah di bawah kendalian kerajaan namun bagi rumah kos tinggi pula didominasi oleh kaum Cina dan hanya segelintir sahaja orang Melayu mendiami rumah kos tinggi. Justeru, semestinya bagi kawasan majoriti kaum tertentu, mereka ingin wakil rakyat di kalangan kaum mereka dan ini menunjukkan sikap etnisiti terus mewarnai senario sosial dan politik di Kuala Lumpur khasnya dan di Malaysia amnya

Item Type:Article
Keywords:Etnisiti, Geografi penduduk, Geopolitik, Hak milik, Kaum, Sosial, Wilayah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:7878
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 11:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page