Moral penapisan kendiri filem dokumentari sejarah

Mohd. Nor Shahizan Ali, and Mohd. Azul Mohammad Salleh, and Mat Pauzi Abd Rahman, and Mus Chairil Samani, and Zairul Anuar Md. Dawam, (2014) Moral penapisan kendiri filem dokumentari sejarah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (1). pp. 24-33. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
531kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Khalayak secara keseluruhannya mempunyai kemampuan yang berbeza dalam memberi interpretasi ke atas teks media. Oleh itu, setiap penerbitan teks media perlu memenuhi etika penyampaian yang sebenar supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam interpretasi mesej. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti penapisan kendiri dalam teknik penyampaian mesej melalui enam sekuen sebuah filem dokumentari sejarah The Kinta Story (1949) terbitan Filem Negara Malaysia. Persembahan naratif filem dokumentari sejarah ini mendokong etika sebuah penyampaian makna perlambangan kepada perjuangan menentang pengganas komunis. Persoalannya, adakah etika penyampaian mesej filem dokumentari ini mengikut prinsip sebenar sebuah penyampaian filem dokumentari sejarah? Pendekatan ‘Aristotle’s Golden Mean’ berdasarkan Conrad C. Fink dan analisis teknik naratif berdasarkan pendekatan oleh Richard M. Blumenberg, David Bordwell & Kristin Thompson dan Herbert Zettl digunakan dalam menilai interpretasi mesej berdasarkan pandangan informan dalam perbincangan kumpulan fokus. Rentetan daripada faktor sosial, kekangan teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi penapisan kendiri, maka filem dokumentari sejarah The Kinta Story (1949) telah berjaya menimbulkan interpretasi yang sama daripada masyarakat pada ketika itu tentang kehebatan pihak British dan kekejaman komunis. Hasilnya teknik naratif dan etika penyampaian yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej serta mencapai sasaran sebagai sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan masyarakat pada ketika itu dalam menghapuskan ancaman komunis.

Item Type:Article
Keywords:Etika penerbitan, Analisis naratif, Dokumentari sejarah, Penapisan kendiri, moral, Kepenontonan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:7879
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 11:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page