Impak pengurusan tapak pelupusan ke atas kualiti air sungai di Malaysia: iktibar dari pengalaman tapak pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan (The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan)

Zaini Sakawi, and Mohd Hairimi Mohd Ali, and Katiman Rostam, (2010) Impak pengurusan tapak pelupusan ke atas kualiti air sungai di Malaysia: iktibar dari pengalaman tapak pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan (The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (1). pp. 50-59. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
694kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Tapak pelupusan merupakan destinasi terakhir dalam riwayat hidup kepelbagaian sisa buangan. Pertambahan jumlah penduduk selari dengan perubahan gaya hidup, khususnya dalam ekosistem bandar menjadi penjanaan utama kepada peningkatan kuantiti sisa buangan dilupus di tapak pelupusan. Fenomena ini menimbulkan pelbagai masalah alam sekitar yang memberi impak negatif bukan sahaja kepada persekitaran fizikal, tetapi melibatkan persekitaran manusia. Disamping itu, penjanaan sisa berterusan dan kekangan tapak pelupusan yang terhad menjadi isu yang amat kronik bukan sahaja di Malaysia, malah dirasai juga oleh negara maju dan negara membangun yang lain. Bagi mengatasi isu yang semakin kronik ini, aspek pengurusan yang bersepadu dan sistematik perlu dilaksanakan. Bagi memahami dan sebagai garis panduan ke arah pengurusan tapak pelupusan yang lestari, kertas ini cuba membincang dan mengariskan beberapa langkah dan pendekatan pengurusan tapak pelupusan, khususnya impak operasi tapak ke atas kualiti air sungai. Selain daripada perbincangan tentang aspek pengurusan secara perundangan dan bukan perundangan, aspek kawalan dan teknikal di tapak pelupusan diambilkira dalam pengurusan tapak pelupusan.

Item Type:Article
Keywords:indeks kualiti air; isu alam sekitar; pelupusan sisa buangan; kesedaran alam sekitar; kualiti air; pengurusan sisa buangan; tapak pelupusan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:788
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 03:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page