Masjid Salehin sebagai wasilah dakwah kepada pelatih-pelatih pasukan polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Nik Daud Raja Hussein, and Mohd Helmi Abd Rahim, and Rosmawati Mohamad Rasit, (2014) Masjid Salehin sebagai wasilah dakwah kepada pelatih-pelatih pasukan polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (1). pp. 85-97. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
611kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Kajian dijalankan untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh Masjid Salehin (Masjid PULAPOL) di PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur dalam memberi kefahaman Islam dan mengukuhkan kerohanian pelatih-pelatih polis. Melalui kajian lapangan yang menggunakan soal selidik serta temubual sebagai instrumen kajian, data-data dikumpul dan dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk menentukan keberkesanan program pengukuhan kerohanian yang dijalankan untuk pelatih-pelatih polis tersebut. Dapatan kajian menunjukkan program yang dijalankan di Masjid PULAPOL itu dapat memberikan kesedaran, meningkatkan kefahaman dan memberi motivasi kepada pelatih-pelatih untuk beramal dengan amalan Islam. Namun, kajian mendapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan kesan yang lebih baik kepada pelatih-pelatih polis. Dapatan kajian merumuskan perkara utama yang perlu diberi penekanan untuk penambahbaikan ialah merangka silibus yang lebih tersusun, memperuntukkan masa yang lebih panjang, menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi, melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan, memperbanyakan aktiviti yang memenuhi keperluan pelatih-pelatih di masjid dan menyediakan peruntukan kos yang mencukupi untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Wasilah dakwah, Kerohanian, Kesedaran, Kefahaman, Pembangunan insan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:7883
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2014 11:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page