UNSPECIFIED (2014) PEGANGAN AGAMA DALAM KALANGAN BELIA AWAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (1). pp. 117-130. ISSN 1823-884x
|
PDF
462kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/
Abstract
Artikel ini membincangkan tahap pegangan agama dalam kalangan belia awal pelbagai kaum di Malaysia. Dapatan yang dibentangkan secara deskriptif ini merupakan sebahagian daripada dapatan kajian yang lebih besar mengenai Pembentukan Model Risiko dan Faktor Penyebab Fenomena Keluar Agama dalam kalangan Belia di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif ke atas 1893 pelajar tingkatan empat di seluruh negara melibatkan beberapa negeri terpilih. Kajian mendapati belia pelbagai kaum di Malaysia mempunyai tahap pengamalan agama yang rendah. Keadaan yang sama turut berlaku ke atas sosialisasi agama responden dengan rakan-rakan dari sudut perbincangan iman/kepercayaan. Selain itu, kajian turut mendapati faktor ibu bapa dan rakan-rakan sebagai rujukan dalam perkara keimanan begitu penting dari sudut menyokong pegangan iman/kepercayaan belia. Belia dilihat masih memiliki identifikasi pegangan agama yang kuat di dalam menjustifikasikan dirinya dengan agamanya serta dirinya dengan komuniti seagama. Ringkasnya, walaupun agama begitu signifikan dalam kehidupan belia, namun tahap amalan agama dilihat sedikit longgar. Peningkatan sosialisasi agama dengan ibu bapa dan rakan-rakan dilihat berpotensi menyumbang ke arah tahap pengamalan agama yang lebih positif dalam kalangan belia pelbagai kaum di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pegangan agama, Belia awal, Pelbagai kaum, Malaysia |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 7885 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Nov 2014 12:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page