Salfarina Abdul Gapor, and Daniel Ugih Anak Echoh, (2013) Tren penanaman dan kegunaan tumbuhan herba dalam kalangan masyarakat Melayu di Balik Pulau, Pulau Pinang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8 (1). pp. 1-9. ISSN 1823-884x
|
PDF
416kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/
Abstract
Balik Pulau merupakan daerah yang masih kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Melayu tradisional. Jika dibandingkan dengan daerah Timur Laut yang membangun dengan pesat akibat proses pembandaran, masyarakat Melayu di Balik Pulau masih mengamalkan konsep perkarangan tanaman herba. Objektif artikel ini adalah untuk menerangkan tren penanaman tumbuhan herba dan kegunaannya dalam kehidupan seharian masyarakat di Balik Pulau. Antara tumbuhan herba yang ditanam adalah seperti serai, pegaga, cili, limau purut, limau nipis, limau kasturi dan banyak lagi. Tumbuhan herba tersebut digunakan untuk tujuan masakan, perubatan, hiasan dan ada juga untuk tujuan komersial. Kaedah penyelidikan kuantitatif telah dipilih dengan melakukan survei di lima buah kampung iaitu Kampung Pulau Betong, Kampung Terang, Kampung Genting, Kampung Sungai Burong dan Kampung Jalan Bharu. Berdasarkan penemuan, majoriti responden yang ditemubual masih menanam tumbuhan herba yang biasa digunakan seperti, serai, pandan, kunyit, lengkuas, dan daun kari. Kebanyakannya digunakan untuk tujuan masakan, manakala hanya segelintir sahaja yang menggunakan tumbuhan herba untuk perubatan dan perhiasan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Biodiversiti, herba, pembangunan lestari, Balik Pulau, komuniti |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 7896 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Nov 2014 08:15 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page