Memajukan petani kecil Melayu menerusi pertanian kontrak - persepsi dan penilaian peserta projek dan komuniti tempatan (Advancing Malay small scale farmers through contract farming – perception and evaluation of project participants and local communities)

Amriah Buang, and Mohd Azlan Abdullah, and Rosmiza Mohd Zainol, (2010) Memajukan petani kecil Melayu menerusi pertanian kontrak - persepsi dan penilaian peserta projek dan komuniti tempatan (Advancing Malay small scale farmers through contract farming – perception and evaluation of project participants and local communities). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (1). pp. 68-80. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
131kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Dasar Pertanian Negara (DPN 3, 1998-2010) Malaysia menetapkan Pertanian Kontrak (PK) sebagai program berimpak tinggi yang akan mampu melonjakkan pengkomersilan pertanian berskala kecil sekali gus mencergaskan pengeluaran makanan agro yang agak longlai di negara ini. Kertas ini membentangkan dapatan dari kajian yang baru dijalankan mengenai tanggapan dan penilaian 207 peserta Melayu projek PK yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan 200 responden dari kalangan komuniti tempatan di zon utara Semenanjung Malaysia. Analisis dapatan ini (1) peserta aktif projek PK anjuran FAMA ini hanya membentuk 65.7 peratus sahaja daripada keseluruhan bilangan petani kecil Melayu yang menyertai program ini, iaitu mereka yang secara konsisten membuat hantaran hasilan kepada FAMA jaminan harga FAMA meskipun harga ini di bawah paras harga pasaran semasa; (2) lebih separuh (51.2%) peserta projek PK merasa terperangkap dengan penetapan harga yang sentiasa rendah oleh FAMA, lebih-lebih lagi memandangkan kos pengurusan dan penyenggaraan tani yang sentiasa meningkat; (3) kegagalan para peserta projek umumnya untuk menepati peraturan ketat FAMA mengenai kualiti dan kuantiti hasil tani yang harus dihantar kepada FAMA yang sebenarnya mencerminkan kepincangan khidmat kembangan pada pihak agensi kerajaan sendiri; dan (4) majoriti yang agak besar(65%) dari kalangan komuniti tempatan yang menyatakan rasa tidak menyesal sama sekali kerana tidak menyertai projek PK anjuran FAMA lantaran tidak yakinnya mereka bahawa projek tersebut akan meningkatkan pendapatan mereka. Justru dapatlah dirumuskan bahawa oleh kerana program PK FAMA tidak begitu menunjukkan kejayaan maka ianya tidaklah dapat dianggap sebagai mekanisma yang berkesan untuk memajukan petani kecil Melayu.

Item Type:Article
Keywords:harga pasaran; harga terjamin; khidmat kembangan; komuniti tempatan; pertanian kontrak; peserta projek
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:790
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Apr 2011 03:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page