Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah

Tan, Swee Chen and Rosnah Sutan, (2013) Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8 (1). pp. 20-29. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
355kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghargaan kendiri remaja sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubungannya dengan sokongan sosial. Remaja sekolah pada tingkatan 2 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah kerajaan di daerah Melaka Tengah. Alat kajian ini mengguna borang soal selidik “The Piers-Harris Children Self Concept Scale” dan “Social Support Questionnaire”. Seramai 242 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 111 (45.9%) lelaki dan 131 (54.1%) perempuan. Terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan ibu bapa terhadap penghargaan kendiri remaja sekolah dengan ujian multivariate linear regresi (p < 0.05). Manakala sokongan guru, rakan dan rakan sebaya tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap penghargaan kendiri remaja. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penghargaan kendiri remaja mengikut sosiodemografik seperti jantina, bangsa, status pekerjaan ibu bapa dan status penjaga (nilai p > 0.05). Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memberi sokongan sosial kepada remaja sangat membantu dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri remaja.

Item Type:Article
Keywords:Penghargaan kendiri, sokongan sosial, remaja, tingkah laku
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:7903
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2014 08:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page