Tahap penglibatan masyarakat rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak

Kwok, Chin Hoe and Haris Abd Wahab, (2013) Tahap penglibatan masyarakat rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8 (1). pp. 73-84. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneliti penglibatan penduduk rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Penglibatan penduduk rumah panjang dalam skim tersebut diteliti berdasarkan penglibatan dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program berkenaan. Seramai 260 orang ketua isi rumah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Maklumat kajian dikumpul melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS. Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan penduduk rumah panjang dalam program SPKR berada pada tahap sederhana sahaja bagi keempat bentuk penglibatan yang dikaji. Oleh itu, usaha-usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan komuniti rumah panjang melibatkan diri dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di tempat mereka.

Item Type:Article
Keywords:penglibatan, penglibatan komuniti, kemiskinan, pembasmian kemiskinan, penduduk rumah panjang
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:7906
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2014 09:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page