Tahap pengetahuan agama dalam kandungan banduan parol : ke arah pembentukan akhlak sejahtera

Khadijah Alavi, and Fauziah Ibrahim, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Salina Nen, and Norulhuda Sarnon, (2013) Tahap pengetahuan agama dalam kandungan banduan parol : ke arah pembentukan akhlak sejahtera. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8 (2). pp. 1-10. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Pengetahuan agama merupakan elemen penting seseorang individu ke arah pembentukan akhlak yang sejahtera. Oleh itu, objektif kajian dalam artikel ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan agama dalam kalangan banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 280 orang diparol (ODP) yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Hasil kajian menunjukkan majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini mempamerkan tahap pengetahuan agama pada tahap sederhana dan rendah iaitu masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 48.6 peratus. Hasil kajian menunjukkan hanya 2.9 peratus sahaja dalam kalangan banduan parol menunjukkan tahap pengetahuan agama yang tinggi. Hasil kajian ini memberi implikasi ke arah pemantapan program kerohanian yang melibatkan banduan parol bagi tujuan membina kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk menjadi seorang yang berperibadi mulia dan mampu membentuk jati diri yang lebih sejahtera dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Item Type:Article
Keywords:pengetahuan agama, banduan, parol, akhlak, sejahtera
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:7916
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2014 11:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page