Gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam reka bentuk aturcara

Hazilah Mohd Amin, and Nur Haizum Mustafa, (2014) Gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam reka bentuk aturcara. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
185kB

Official URL: http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/

Abstract

Sains Komputer melibatkan konsep abstrak dan dinamik yang sukar difahami pelajar mengguna metod pengajaran dan pembelajaran tradisional. Isu sebilangan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) yang tidak dapat menguasai kemahiran pengaturcaraan dan isu tenaga pengajar yang mengajar secara bertentangan dengan gaya pembelajaran majoriti pelajar memotivasi kajian berkaitan dengan gaya pembelajaran pelajar bidang Sains Komputer dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar bidang Sains Komputer dan mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang cemerlang dalam kursus Reka Bentuk Aturcara dan Penyelesaian Masalah. Seramai 143 pelajar prasiswazah FTSM melengkapkan soal selidik yang mengandungi instrumen Index of Learning Styles (ILS). Data dianalisis secara deskriptif bagi mengukur kecenderungan gaya pembelajaran pelajar dalam empat dimensi ILS. Analisis pencapaian kursus Reka Bentuk Aturcara dan Penyelesaian Masalah di antara pelajar berlainan gaya pembelajaran dilaksana dengan mengguna ujian-t dan korelasi Spearman. Kajian mendapati bagi dimensi penderiaan/intuitif, pelajar cenderung melihat maklumat secara penderiaan berbanding secara intuitif. Manakala bagi dimensi visual/verbal, majoriti pelajar gemar maklumat disampai secara visual berbanding secara verbal. Bagi dimensi berjujukan/global pula, pelajar cenderung memahami maklumat secara berjujukan berbanding secara global. Kajian ini mendapati majoriti pelajar (80.4%) cenderung memproses maklumat secara aktif tetapi memperoleh pencapaian kursus Reka Bentuk Aturcara yang kurang baik berbanding minoriti pelajar yang cenderung memproses maklumat secara reflektif. Pengajaran secara kuliah (pelajar mendengar kuliah secara pasif ) didapati tidak sepadan dengan gaya pembelajaran majoriti pelajar yang cenderung memproses maklumat secara aktif. Begitu juga, pengajaran secara teori dan berbentuk abstrak melibatkan teks sepenuhnya adalah tidak sepadan dengan majoriti pelajar yang cenderung melihat maklumat secara penderiaan. Hasil kajian ini berguna sebagai panduan dalam membina repositori objek pembelajaran dalam talian bertujuan bagi pembelajaran arah diri.

Item Type:Article
Keywords:Indeks gaya pembelajaran, pelajaran Sains Komputer, kemahiran pengaturcaraan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:7920
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2014 11:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page