Perkongsian pengetahuan bagi tujuan pembelajaran mengguna media sosial : keperluan kepada model

Zawiyah Mohammad Yusof, and Zuhri Arafah Zulkifli, (2014) Perkongsian pengetahuan bagi tujuan pembelajaran mengguna media sosial : keperluan kepada model. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 3 (2). pp. 47-61. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
840kB

Official URL: http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/

Abstract

Media sosial berpotensi menyemarak pembelajaran menerusi aktiviti perkongsian perkongsian kerana memboleh maklumat dicapai dengan mudah dan pantas dengan jangkauan tanpa had. Selaras dengan anjakan paradigma dalam pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang semakin berpusat kepada pelajar, institusi pengajian tinggi di Malaysia semakin memanfaat penggunaan e-pembelajaran. Bagaimanapun e-pembelajaran mempunyai kekangan yang tersendiri seperti tidak menggalak perkembangan idea dan penghasilan pengetahuan baharu, berkongsi dan memindah pengetahuan selain daripada hanya berupakan sistem pengurusan pembelajaran yang menumpu kepada hubungan satu hala. Masalah sedemikian dapat di atasi melalui penggunaan media sosial khususnya Facebook Group. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan setiap faktor yang memberi kesan signifikan ke atas tingkah laku penggunaan Facebook Group bagi berkongsi pengetahuan untuk tujuan pembelajaran dan mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada tingkah laku penggunaan media sosial tersebut. Sebuah model tingkah laku akhirnya dibangun. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang mengguna pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 134 pelajar yang mengikuti program Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara kerana program yang ditawar menghendaki pelajar mengguna Facebook Group melibatkan seramai 134 orang. Soal selidik diguna sebagai instrumen pengumpulan data yang diedar secara dalam talian. Data dianalisis mengguna perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 20. Analisis deskriptif melibatkan demografi responden (jantina, umur, semester pengajian, e-mel, pengguna FG dan alat mengguna FG) melalui teknik taburan kekerapan dan peratusan. Structural Equation Modeling (SEM) pula diguna bagi menguji model yang dibina berdasarkan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan FG adalah sesuai untuk tujuan berkongsi pengetahuan selain daripada merapat hubungan di antara pengajar dan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial dalam pembelajaran, Facebook Group, Perkongsian pengetahuan, Universiti Teknologi MARA, Tingkahlaku penggunaan Facebook Group
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:7923
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2014 12:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page